Sunday, April 22, 2012

Mendidik anak mengikut Sunnah

CARA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W
----------------------------...-----

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Jom kita ikut sunnah Rasulullah S.A.W.. semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan saham kita di akhirat nanti.

Thursday, April 12, 2012

Kerja After Konvokesyen Politeknik ke 20

Hari nie turun kerja seperti biasa setelah hampir seminggu tidak menjengah ofis... jumaat lepas SARAWAK bercuti GOOD FRIDAY. Kemudian AHAD kepenatan berada di Hotel FOUR POINTS raptai penuh Konvokesyen Politeknik Kuching Ke 20. Isnin dan Selasa hari yang ditunggu oleh semua GRADUAN. CONGRATS to all of you....RABU pulak cuti sempena PERTABALAN AGONG.. Nasib baik cuti...dapatlah berehat.. tapi tak de lah berehat sangat pun...pagi-pagi dah breakfast kat COFFEE O' CORNER.. pas tu gie ke The Spring.. jalan-jalan sebab anak-anak kata nak beli buku... so abahnya bila dah dengar anak-anak nak beli buku so memang dia suke lah...

Petangnya pulak jemput anak sedara AZIE and the gang kat WATERFRONT... selesai Program Komuniti di Kpg BAKO. Pas tu bolehlah rehat di rumah... So hari nie bermula tugas sebagai pensyarah seperti biasa... kelas bermula jam 8-10...

Monday, April 2, 2012

Sejarah Susu Formula...Tahukah anda?

Tahukah anda bahawa sebelum susu formula dicipta, ibu-ibu di seluruh dunia menyusukan bayi mereka dengan susu ibu, dan kalaupun mereka tak boleh menyusukan, atau tak mahu menyusukan, akan dicari (diupah) ib...u susuan bagi menyusukan bayi itu.

Di negara Barat ia dipanggil wet-nurse. Dan seterusnya bayi tersebut akan diberi makanan mengikut peringkat usia, daripada sumber2 yang boleh didapati di sekeliling mereka.

Tapi pada tahun 1867, seorang pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Namanya Justus Von Liebig. Bermula dari itu, banyak syarikat2 dan kilang2 yang mula berebut2 mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air = susu formula.

Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan.Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang2 kaya biasanya tak menyusukan anak).

Namun demikian, bayi-bayi yang diberi susu formula pada masa tu selalu sakit, disebabkan kekurangan nutrisi (walaupun katanya susu formula tu untuk ‘menggantikan’ susu ibu), dan kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula. Namun para pengilang tetap jugak mengeluarkannya secara besar-besaran sebab keuntungan berlipat ganda yang mereka perolehi. Sampai satu tahap bayi-bayi terpaksa diberi jus oren (yang dicampur campur dalam susu) untuk mendapatkan khasiat vitamin C. Tapi mereka tetap claim bahawa susu formula adalah yang paling bagus untuk baby.

Kemungkinan revolusi penyusuan kepada susu formula pada masa itu telah ‘memberi idea’ kepada ibu bapa zaman tu untuk memberi bayi mereka apa saja jenis susu. Termasuk susu cair yang kita buat kuih tu.

Bagi meninggikan ‘class’ susu formula, syarikat2 pembuat susu telah mengiklankan susu2 buatan mereka dengan tagline “susu pilihan orang kaya” dan susu ibu hanya untuk golongan miskin sebab ia adalah PERCUMA.

Istilah ‘susu formula’ diperolehi dari Thomas Morgan Botch, yang cuba mencari fraction terbaik untuk susu tersebut. Pada masa tu mereka menggunakan konsep 2% lemak, 6% karbohidrat dan 2% protein.

Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Namun masih ada mereka yang mempunyai pemikiran seperti 100 tahun yang lampau yang mana menganggap susu ibu hanya untuk orang miskin kerana ia percuma. Akan tetapi dengan promosi yang diadakan terhadap penyusuan ibu, kebanyakan ibu bapa muda sudah menyedari hakikat kebaikan susu ibu, mungkin ibu-ibu di peringkat ‘nenek’ sekarang masih mengagungkan susu formula.

Di negara-negara dunia ketiga, penyusuan ibu sangat-sangatlah penting, malah ibu yang menghidap AIDS juga digalakkan menyusukan anak mereka. Kerana pemberian susu formula lebih memudaratkan… di sana kadar kematian bayi yang tinggi disebabkan pemberian susu formula yang dicairkan, ataupun yang tercemar kerana persekitaran dan air yang kotor. Maklumlah dalam keadaan sebegitu mungkin mereka terpaksa mencatu pemberian susu formula kepada bayi mereka.

Memang, mana2 ibu mahu memberikan yang terbaik kepada anaknya. Yang beri susu formula, adalah kerana maklumat yang mereka perolehi “susu terbaik untuk bayi”. Bukan sebab tak sayang anak atau ‘nak seksa baby’ dan sebagainya. Mungkin ada segelintir ibu yang tahu kebaikan susu ibu tapi saja nak kasi susu formula sebab mungkin ‘malas’ nak menguruskan hal2 susu ibu yang leceh. Tapi kebanyakan yang beri susu formula mempunyai sebab2 tersendiri yang kukuh yang tak membolehkan mereka menyusukan anaknya sendiri.

Tapi berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada breastfeeding dan wet-nursing!

sumber : mysuperkids.net

Saiz Perut Bayi

Sering kali kita mendengar ibu-bapa kita ataupun nenek atau tok kita berkata begini apablia anak kita menangis...
“budak tu lapar tu...susu kau sikit sangat...Pergi bancuh susu tepung” ataupun ada juga suara yang berkata begini... “Anak kau ni nangis je...lapar agaknya ...Bagilah nestum ke ...Bagi dia kenyang”

Betul tak??


Tahukah anda, perut bayi sangat kecil? Manurut Smith L.J di dalam bukunya :

1- Saiz Perut Bayi Baru Lahir
---------------------------------------
Perut bayi yang baru lahir adalah berukuran lebih kurang SEBIJI GULI jernih ataupun sebesar KACANG BADAM. Ia boleh memuatkan isipadu susu sebanyak 5-7 ml pada satu-satu masa. Pada hari pertama kelahiran, perut bayi tidak boleh mengambang. Keadaan ini menjelaskan bahawa, kolustrum yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi anda pada hari tersebut. Jika bayi anda diberi susu formula yang berlebihan, bayi akan memuntahkannya kerana perutnya yang kecil dan tidak boleh mengembang dan tidak mampu untuk menampung isi padu susu yang banyak.

2- Saiz Perut Bayi pada Hari ke-3
-------------------------------------------
Pada hari ketiga, saiz perut bayi mula membesar lebih kurang SEBIJI BOLA PING PONG. Ia dapat menampung lebih kurang 22-27ml susu pada satu-satu masa. Perubahan ini bermula apabila ibu mula menghasilkan susu perantara iaitu apabila keupayaan ibu untuk menghasilkan susu mula meningkat.

3- Saiz Perut Bayi pada Hari ke-10
---------------------------------------------
Pada hari ke-10, saiz perut bayi sudah sebesar SEBIJI TELUR AYAM dan ia mampu untuk terus mengambang. Pada masa ini, perut bayi dapat menampung sebanyak 60-80 ml susu pada satu-satu masa.

**Jika sewaktu di dalam pantang, bayi anda sering menangis dan selalu nak ‘mengempeng’(kata orang jawa)...Peluklah mereka...Belailah mereka ... Mereka menangis bukan semata-mata kerana lapar ...Mereka inginkan perhatian anda...Jika berada di payudara anda, mereka mendengar degupan jantung ibunya yang selama ini menjadi peneman setia hidupnya di dalam rahim anda…Mereka akan berasa tenang .....Susukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu…InsyaAllah cukup untuk anak anda...**

credit : Buku 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu.

Sunday, April 1, 2012

Susu Ibu

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya, atau mendermakan susu tambahan ke dalam bank susu ibu untuk program tabung susu ibu. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan kedalam botol susu bayi, cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.

Tujuan penyusuan dengan susu ibu dapat memberikan banyak faedah kepada kesihatan yang sangat baik sehingga ia menjangkau usia kanak-kanak.Antara kebaikannya adalah; kurangnya mendapat risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS),meningkatkan tahap kepintaran dan kecerdikan, mengurangkan risiko seperti jangkitan telinga tegah, kesejukan, flu dan selesema, serta dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit leukemia kanak-kanak, diabetes, asma dan ekzema. Juga mengurangkan penyakit kulit, masalah gigi dan gusi. Mengurangkan risiko obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa, melancarkan sistem penghadaman dan obstektrik. Mengelakkan masalah kekuingan pada bayi (jaundice). Ia jga mampu mengurangkan risiko kecacatan dan keilatan bayi dan masalah pembinaan psikologi bayi.

Penyusuan bayi dengan susu ibu juga bayi buat ibu yang menyusu atau ibu yang menderma susu ibu. Ia dapat membantu ibu mengekalkan saiz dan struktur rahim dan uterus seperti sebelum mengandung. Membantu mengurangkan pendarahan post-partum termasuk menurunkan kehilangan darah nifas dan wiladah. Juga membantu menurunkan berat badan ibu dan melangsingkan badan secara sihat. Penyusuan susu ibu pada bayi dapat mengurang risiko kanser payu dara dalam kehidupan ibu.

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC)

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) atau Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia (PIMM) adalah sebuah projek anjuran SusuIbu.com yang melatih Pembimbing Ibu Menyusu(PIM) atau Peer Counselor (PC) dalam isu dan teknik penyusuan ibu. Antara program sasaran di dalam porjek ini adalah melebarkan perkhidmatan PIM/PC dalam kalangan masyarakat agar lebih ramai ibu-ibu dan keluarga yang menyusui anak mereka mendapat sokongan yang sewajarnya. Justeru itu, penglibatan PIMM/MBFPC di dalam sebarang program kemasyarakatan adalah sangat diperlukan sebagai satu saluran hebahan tentang fungsi dan peranan PIM/PC terhadap masyarakat setempat.

Nama Penuh: Khusrina Nurina bt Kusairi
Nama Panggilan: Nurina
No. Telefon: 013-3788822
Area : Jalan Pisang Barat ,Kuching
Email Address: nurina@yahoo.com

Nama: AZLINA BINTI MORSHIDI
Nama panggilan : lina
Area : taman gita jaya,Kuching
No tel: 012-8095298
Email: linacd_1973@yahoo.com

Nama : Norrasidah Raha bt.Mohd Nor
Nama panggilan : Rasidah
Tel : 019-2629621
Area :Kenyalang Park, Kuching
Emel : babykenyalang@yahoo.com

Nama : Hafsah Mardhiah bt Mohd Bekeri
Nama panggilan : Hafsah
Tel : 019-9805803
Area : Bintulu Sarawak
Emel : hafsah.mardhiah@gmail.com

Nama Penuh: Rosniza Rawi
Nama Panggilan: niza
No. Telefon: 017 3300 310
Area : Taman Matang Jaya,Kuching
Email Address: niza82_congo@yahoo.com

Nama Penuh: Nur Naazira Iman Bt Abdullah
Nama Panggilan: Iman
No. Telefon: 012 8545772
Area :Taman Matang Jaya,Kuching.
Email Address: naazira_iman86@yahoo.com

nama penuh: Nurul 'Ain binti Mohamad zamri
nama panggilan : 'Ain
no fon : 0132285298
Area : TAman Desa Guru ,Kuching,
emel : oyien_alya@yahoo.com

Noorasmawati binti Norman
No Tel : 0135700820;
Area :Kuching,

Khoiriyah Binti Cholil Purnomo,
Nama Panggilan : Khoi,
No.Tel : 019-8321373,
Area : Taman Sourabaya Indah, Kuching,
Emel : tarantula_zone@yahoo.com

Nama Penuh: Fentty Kartini Binti Hamzani
Nama Panggilan: Kartini
No. Telefon: 013-8975929
Area : W.P.Labuan
Email Address: ft_kartini@yahoo.com

Mee Jawa




Tengok gambar ya...nyaman nak...nang nyaman bah... this menu adalah Mee Jawa versi family saya lah.... yang dalam gambar ya adalah first time saya buat.... sehingga hari ini dah 3 kali buat lah...first and second saje je buat hidangan family dan yang ke #3 adalah jamuan untuk satu ofis....masa tu masak untuk 40 orang...huuuuh...memang penat tapi puas hati bila geng ofis kata sedap... so next trip nak buat adalah this coming Thusday....(5 April 2012) .. to entertain my niece Nur Aziemah and kawan-kawannya datang dari UTM JOHOR... they will stay at my house for one night before pegi ke BAKO for the xtvt..i dunno what kind of xtvt..

So saya nak share lah resepi mee jawa nie coz dah ramai kawan-kawan yang tanya...

Mee Jawa

Bahan-bahan ( 10 org )
• 1 kg mee kuning - dicelur
• 4 biji telur rebus
• taugeh
• 2 keping tauhu - potong dadu
• daun bawang & daun sup - dihiris halus
• cili api + kicap manis (nak bagi pedas)
• bawang goreng
• ayam goring
• daging goreng pun best gak

*** utk kuah***
• 3 sudu besar udang kering - dikisar halus
• 5 biji bawang merah - dikisar halus
• 1 labu bawang besar – dikisar halus
• 3 ulas bawang putih - dikisar halus
• 1 cm halia - dikisar halus
• 1 cm lengkuas - dikisar halus
• 1 batang serai - dikisar halus
• 500 gm ubi keledek - direbus dan dikisar halus
• 3 sudu besar rempah kari daging
• 1 sudu serbuk jintan manis
• 1 sudu serbuk jintan putih
• minyak utk menumis
• 10-15 tangkai cili kering – dikisar halus
• 1/2 kiub ayam
• garam & gula secukup rasa
• air
• cili potong
• 5 sudu tepung gandum

Cara-cara
1. Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, dan serai sekaligus sehingga.
2. Cili kering direndam dgn air panas dan dikisar halus.
3. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis cili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan2 yg telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau.
4. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan ubi keledek yg telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yg disukai.
6. Masak sehingga mendidih.
7. Bancuh tepung gandum dengan air sehingga larut dan masukkan ke dalam kuah untuk memekatkan kuah.
8. Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
9. Hidangkan mee, telur rebus, ayam, taugeh dan tauhu. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang dan juga hirisan cili
10. Sedap dimakan ketika panas-panas bersama kicap pedas.

So kawaj-kawan bolehlah try yea ...pas tu kalau rajin bagilah komen....